10 Powerful Rutin Pagi Orang Berjaya

Spread the Content

Rutin pagi orang berjaya tertentu nyata dapat membezakan antara orang biasa dengan mereka yang berjaya. Dalam artikel ni kami nak kongsikan senaraikan 10 kebiasaan ataupun rutin pagi orang berjaya yang boleh dicontohi. Amalkan selama 21 hari dan anda akan nampak perbezaannya.

Rutin pagi orang berjaya

1. Tidur awal dan Set Alarm.

Bangun tidur tanpa perancangan adalah satu kegagalan. Oleh itu, sebelum tidur rancang apa yang akan anda lakukan keesokannya. Tahu apa yang akan anda lakukan apabila bangun pagi.

Tidur tepat pada waktunya. Jika anda bekerja, sediakan pakaian ke pejabat sebelum masuk tidur. ini adalah Rutin pagi orang berjaya yang pertama.

2. Bangun awal.

Tips Rutin pagi orang berjaya yang kedua.

Orang berjaya biasa menyedari bahawa masa perlu sentiasa dihargai. Itulah sebab mengapa orang berjaya akan bangun lebih awal dan memanfaatkan sebaik mungkin waktu tersebut. Contohnya, CEO PepsiCo, Indra Noovi bangun seawal jam 4 pagi dan tiba ke pejabat sebelum 7 pagi. Pemilik Twitter, Jack Dorsey bangun sekitar 5.30 pagi setiap hari.

Jika ingin bangun awal, pastikan kerja semalam sudah diselesaikan.

Antara hal yang terbaik untuk dilakukan adalah bangun pada awal pagi dan mula bekerja tatkala orang lain masih lagi dibuai mimpi di atas katil.

3. Bangun secara konsisten.

Tips Rutin pagi orang berjaya yang ketiga.

5.30 pagi setiap hari. Lebih awal lebih bagus. Bersenam secara ringkas.

Senaman pagi amat penting kerana ia dapat merembeskan ‘endorfin’ yang boleh merangsangkan tubuh dan minda anda. Selain membekalkan tenaga yang mencukupi, bersenam di waktu pagi juga dapat membantu anda merungkai masalah dan membuatkan minda anda berfikir dengan lebih kreatif sepanjang hari.

Banyak aktiviti senaman yang boleh dilakukan pada waktu pagi, antaranya senaman kurang dari 10 min yang senang dan pantas seperti jumping jacks, push up, sit up, dan pelbagai senaman kardio.

4. Minum air.

Tips Rutin pagi orang berjaya yang keempat.

Orang berjaya akan minum air kosong mahupun air suam sebelum minum kopi mahupun sarapan pagi. Minum air kosong akan membuatkan anda lebih waspada serta menghidrasi tubuh agar dapat melakukan aktiviti selepas tidur semalaman.

Kenapa perlu ambil segelas air kosong?

• Meningkatkan penghidratan

• Membuang toksin keluar dari badan anda

• Membantu anda bangun dan berasa segar

• Mengurangkan keinginan untuk sepanjang hari

5. Elakkan memeriksa telefon sejurus bangun pagi.

Tips Rutin pagi orang berjaya yang kelima. Percaya atau tidak, orang sekarang bangun tidur mesti melihat telefon dahulu. Ini akan membuat anda membuang masa di katil.

6. Jangan terperap dalam bilik.

Pergi ke Luar Cahaya matahari pagi memberi kesegaran kepada anda, yang akan membantu anda tidur lebih lena pada waktu malam. Tetapi walaupun masih gelap, pergi ke luar dan dapatkan udara segar untuk membantu anda bangun.

Beriadah di taman dan berjoging selama 20 minit juga sudah mencukupi.

7. Menulis Jurnal.

Kita sering menyimpan idea-idea dan perancangan jadual di dalam memori otak kita. Namun, sejauh manakah memori itu bertahan? Selalunya kita senang lupa apa yang telah disimpan dan sukar untuk mengingatinya kembali.

Untuk kita ingat, kita perlu tulis di dalam buku nota atau jurnal. Lagi mudah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, kita hanya catatkan di dalam aplikasi seperti Day One, Journey, Momento, dan lain-lain.

Journaling memberi peluang untuk menjelaskan pemikiran kita. Apabila kita merasa terharu dengan emosi dan merasakan bahawa fikiran kita bercelaru, menulis jurnal dapat memberikan kejelasan kerana kita dapat menyusunnya di dalam bentuk tulisan.

Simpan buku nota kecil untuk merekod idea-idea yang muncul tatkala anda sedang bersenam, meditasi/solat, atau bersarapan. Tidak kira apa pun idea tersebut, tulislah di dalam buku anda! Di penghujung hari, renungkan balik catatan anda, adakah ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan anda.

8. Semak Kalendar dan Tugasan Anda.

Mengetahui aktiviti hari anda akan membantu mengurangkan tekanan.

Jelaskan tugasan anda untuk membina gambaran mental hari anda.

Ini akan membantu anda berasa mengawal hari anda.

9. Sentiasa Update Berita Terkini.

Orang berjaya percaya selain daripada senaman, paling tidak mereka akan sentiasa membaca berita mahupun perkembangan terkini global tentang apa yang terjadi hari semalam serta hari ini bagi meningkatkan pengetahuan umum serta sosial. Keep track all the news!

10. Tempat Tidur Yang Kemas.

Orang berjaya suka akan keadaan teratur, kemas dan tersusun, termasuklah tempat tidur mereka. Mereka mampu untuk bekerja lebih produktif dan efisen jika tiada barang-barang bersepah yang hanya akan menggugat konsentrasi.

Terima kasih atas kesudian anda membaca topik Rutin pagi orang berjaya. Semoga bermanfaat.

Nak kami bantu anda tingkatkan Jualan dan branding anda? Klik di sini

Artikel related : 5 Hack Pesaing Yang Anda Boleh TIRU!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!