23 Powerful Idea Untuk Berjaya Dalam Bisnes e-commerce

e-commerce
Spread the Content

Kini ramai yang sudah mempunyai bisnes online atau bisnes e-commerce sendiri. Lagi-lagi ketika waktu PKP dahulu. Zaman sekarang, nak mulakan bisnes online cukup mudah. Hanya perlukan telefon bimbit dan internet. Cukup ada dua benda ini, dah boleh buat duit. Cuma untuk berjaya dalam bisnes online atau e-commerce ni anda perlu tahu cara yang betul. Walaupun memulakan bisnes online lebih mudah berbanding bisnes yang ada kedai fizikal, kita tak boleh buat ikut suka.

Terdapat puluhan cara untuk memasarkan permulaan anda dan anda mungkin tidak akan kehabisan idea. Kunci untuk memasarkan permulaan anda dengan jayanya, bagaimanapun, ini bergantung pada kemampuan anda untuk menceritakan kisah yang akan dikaitkan dengan khalayak sasaran anda. Perlu perancangan rapi dan bersistem supaya kita tak pening kepala apabila bisnes makin maju nanti.

Jom kami kongsikan 23 idea rahsia untuk anda.

23 Idea Rahsia Yang Buat Anda Boleh Berjaya Dalam e-commerce

Ai Curtains

1. Lajukan Page/ Website

Cara memulakan bisnes online yang pertama ialah tentukan niche. Niche ialah apa yang kita nak fokuskan. Selepas itu baru kita bina page.

Apabila page dah siap, perkara paling utama lajukan page anda. Semakin laju page, semakin banyak sales yang akan masuk. Bagi menyemak kelajuan website, ada beberapa penyedia yang boleh membantu seperti Pingdom atau GTMetrix.

Semuanya adalah percuma. Dan penyedia ini akan memberitahu apakah punca-punca website perlahan.

bisnes

2. Kena main emosi pelanggan

Anda sebagai usahawan perlu menguasai kemahiran tindak balas emosi pelanggan terhadap ayat iklan yang kita tulis atau kempen pemasaran yang sedang kita jalankan. 

Tujuan adalah untuk;

1) Menarik perhatian pelanggan terhadap iklan kita.

2) Supaya pelanggan mengikut arahan yang kita nyatakan di dalam iklan.

3) Dan, akhirnya membuatkan pelanggan membeli apa sahaja yang kita jual.

Tawarkan diskaun kepada pelanggan yang membuat pembayaran segera. Pasti pelanggan suka. Atau maklumkan produk tersebut terhad untuk beberapa orang pelanggan sahaja. Ada kajian menyatakan pembeli lelaki lebih mudah tertarik dengan perkataan ‘JIMAT’. Manakala pembeli perempuan pula, lebih mudah tertarik dengan perkataan ‘DISKAUN’.

Kemahiran ini bukan untuk memanipulasikan pelanggan. Tetapi, untuk menyampaikan mesej pemasaran kepada pelanggan. Pelanggan faham dengan nilai sebenar produk kita, mereka akan membeli tanpa dipaksa.

platform media sosial

3. Manfaatkan platfom media sosial.

Ketika ini media sosial seperti menjadi sesuatu yang wajib dimiliki oleh setiap orang. Mahu atau tidak, semua usahawan harus menggunakan platform media sosial untuk tujuan bisnes.

Ada banyak sebab kenapa setiap bisnes perlu memiliki akaun media sosial sendiri.

Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog,adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk anda pasarkan produk anda. 

Dan jangan lupa sekarang ini TikTok pun boleh jadikan platform bisnes.

Gunakan media sosial untuk share pasal produk anda. Kat sini, tak perlu hard-selling. Cukup kongsi manfaat produk dan beri link untuk ke laman e-commerce anda ataupun affiliate.

Akaun media sosial boleh jadi perantara antara anda dan pelanggan. Platform media sosial boleh digunakan secara pelbagai. Boleh jadi kedai maya, katalog online dan sebagainya.

Apa yang best, untuk memiliki akaun media sosial untuk bisnes adalah percuma. Contoh, Facebook Page dan Instagram.

Dengan media sosial, anda boleh meluaskan lagi rangkaian bisnes anda seluas-luasnya. Media sosial adalah dunia internet tanpa sepadan. Ianya boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana saja. Jadi anda telah mencapai satu lagi saluran untuk bisnes anda.

data pelanggan

4. Data pelanggan amat penting.

Ramai yang bertanya perlu ke kumpul alamat e-mel prospek kalau kita tak nak buat email marketing?

Besar atau kecil sesuatu bisnes itu, database pelanggan amat penting. Guna email marketing mudahkan kita untuk buat conversion. Tawarkan diskaun kepada mereka yang sertai email list.

Sekiranya anda mempunyai database yang banyak, ia boleh bantu untuk menjimatkan kos dan masa anda semasa membuat apa-apa kempen dalam masa yang singkat.

Dengan adanya database, anda akan lebih mengenali target market dan audiens anda yang sebenar. Menerusi database, anda akan dapat maklumat seperti nama, nombor telefon, emel dan alamat prospek serta pelanggan.

Dengan ini, anda akan dapat tahu di mana pelanggan anda berada.

Anda tak perlu tergesa-gesa untuk menjual. Sebaliknya,fokus untuk memberi nilai kepada pelanggan.

Katakan kita hanya e-mel golongan sasaran pada ketika kita ingin menjual sahaja. Kebarangkalian untuk mereka unsubscribe tinggi. Sebab, kita ni tak habis-habis nak menjual. Orang rimas.

Jadi, beri nilai. Kongsikan hal-hal yang bermanfaat berkaitan niche anda.

website

5. Uji keberkesanan website anda

Nak bangunkan web ni tak boleh syok sendiri. Kena tahu web kita mesra pengguna atau pun tidak. Selain menjadikan laman web perniagaan kecil anda kelihatan baik, anda juga perlu memastikan bahawa laman web perniagaan anda juga berfungsi dengan baik.

Untuk uji keberkesanan web, ajak keluarga dan rakan menggunakan peranti yang berbeza untuk membuat pembayaran. Cara ini kita boleh tahu laju atau tidak web kita apabila pelanggan membeli.

Pelanggan pasti tidak suka jika nak bayar pun ambil masa.

payment gateway

6. Pelbagaikan kaedah bayaran

Sediakan pelbagai kaedah bayaran atau penyedia pembayaran untuk membayar untuk meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti.

Pelbagai pilihan pembayaran menambah kredibiliti perniagaan. Jika jenama mempunyai satu atau dua kaedah pembayaran yang tidak popular, ini bermakna ia tidak disahkan oleh vendor yang dipercayai

Pelanggan memilih kaedah pembayaran dan mereka berasa lebih selamat menggunakannya. Di sebalik setiap pilihan pembayaran, terdapat penonton dari segi umur, lokasi dan apa yang dipanggil pangkalan peminat.

Ini bermakna setiap kaedah baharu menarik lebih ramai khalayak. 

Menambah lebih banyak kaedah juga merupakan tanda fleksibiliti dan inovasi. Pelanggan menghargainya. 

7. Tambahkan bahagian menarik di web anda untuk menarik pelanggan.

Web e-commerce ni sebenarnya sangat penting kerana ia seakan-akan kedai untuk online store anda.Sebagai seorang usahawan e-commerce perlu hasilkan web yang menarik dan ada nilai komersial.

Anda mesti buat website e-commerce yang cantik dan menarik agar prospek beli produk anda. Selain itu, anda juga kena buat web yang convert untuk dapatkan sale. 

Proses navigasi lebih lancar dan memerlukan lebih sedikit klik, menjadikan pengunjung anda senang dan kurang tertekan.

Nak kami bantu tingkatkan jualan dan branding anda? Klik di sini

Bella Ammara

8. Upgradekan website

Ia seperti point no 7. Selalu kita akan tumpukan pada SEO di web untuk menarik pelanggan. Namun ramai yang lupa untuk menambah baik web terlebih dahulu supaya apabila web menarik baru ramai pengunjung akan singgah.

9. Gambar yang cantik

Salah satu perkara terpenting yang dapat anda laburkan untuk meningkatkan peluang mendapatkan pelanggan anda adalah gambar.

Pelanggan anda akan mengingati 80% dari apa yang mereka lihat dan 20% dari apa yang mereka baca.

Dari mata turun ke hati. Gambar produk mestilah menarik. Cara shoot gambar produk juga penting. Sekarang banyak aplikasi editing mudah hanya di telefon bimbit anda.

Beberapa data mengenai fotografi produk yang bagus yang dapat meyakinkan anda untuk melabur dalam aspek jualan anda untuk belajar menjual secara dalam talian.

Anda boleh menangkap dan mengedit gambar anda dengan mudah menggunakan telefon pintar dan beberapa perisian asas hari ini. Ini adalah kaedah terbaik untuk menjadikan idea perniagaan dalam talian anda menonjol dengan sesuatu yang unik.

FOMO

10. FOMO

Apa itu FOMO?

Akronim untuk FOMO iaitu “fear of missing out” ini didefinisi oleh pakar akademik di dalam jurnal saintifik, Computers in Human Behavior sebagai “perasaan takut apabila ketinggalan daripadaperkembangan semasa.”

Bagi orang lain, perasaan kurang senang ini datang apabila mereka melihat kehidupan orang lain yang meriah dan seronok di media sosial.

Dalam bisnes e-commerce, ramai di media sosial kalau sebut produk terhad atau harga runtuh pasti ramai yang suka. Apatah lagi kalau produk tersebut viral.

Cuma jangan kerap guna strategi ini.

testimonial video

11. Sentiasa kongsikan video testimoni dari pelanggan

Bila anda gunakan video testimoni dalam advertising campaign anda, ia akan bantu menaikkan kepercayaan dan kredibiliti produk  serta syarikat  anda dalam kalangan pengguna sedia ada dan prospek.

Engage dengan golongan sasaran dari awal. Build their trust.

12. Tingkatkan nilai pesanan

Sentiasa tingkatkan nilai pesanan dengan menawarkan nilai barangan yang lebih rendah untuk pesanan seterusnya sebelum membuat pembayaran.

Boleh juga tawarkan penghantaran percuma untuk pelanggan dengan kadar belian tertentu.

good product

13. Produk yang disukai pelanggan

Mungkin anda buntu untuk tahu apa produk yang bakal pelanggan anda suka. Anjurkan kuiz untuk tahu produk mana yang disukai oleh pelanggan. Dengan kaedah ini anda boleh fokus kepada produk pilihan pelanggan.

Dengan cara ini juga kita dapat kumpul senarai email baharu.

Nak kami bantu tingkatkan jualan dan branding anda? Klik di sini

Result

14. Penghantaran percuma

Ada satu perkara yang anda boleh tahu pasti, pembeli dalam talian tidak suka membayar untuk penghantaran. ‘Percuma’ adalah kata kunci atau keyword yang paling disukai.

Menawarkan sesuatu kepada pelanggan secara percuma mempengaruhi tingkah laku pembelian mereka pada tahap psikologi yang mendalam.

Jika anda menawarkan penghantaran percuma ke atas nilai pesanan tertentu, tunjukkan kepada pengguna betapa dekatnya mereka untuk mencapai pesanan tersebut dan galakkan mereka untuk sampai jumlah tersebut.

15. Telus dengan pelanggan

Sentiasa telus dengan pelanggan. Jika anda ada dasar tertentu untuk penghantaran seperti harga berbeza untuk setiap negeri atau perkhidmatan penghantaran, perlu maklumkan di web. Ini untuk mengelakkan kekeliruan pelanggan.

Setiap perniagaan runcit dalam talian berbeza, dan sebelum anda mengiklankan “polisi penghantaran percuma” yang murah hati kepada pelanggan, anda harus menentukan strategi penghantaran yang tepat untuk model perniagaan anda.

Paparkan polisi penghantaran percuma anda dengan cara yang memastikan keterlihatan maksimum. Pelanggan perlu mengetahui bahawa tidak ada bayaran penghantaran tersembunyi semasa pembayaran sebaik sahaja mereka mengunjungi laman web anda.

email marketing

16. Optimumkan email pelanggan

Jika anda sudah mempunyai senarai email pelanggan, jangan lupa menggunakannya untuk kempen pemasaran anda supaya anda boleh menyasarkannya semula di Facebook dan Google Ads.

Google ads

17. Uji Google Ads

Sentiasa uji Google Ads yang menyasarkan nama jenama pesaing anda atau kempen carian yang menggunakan long  tail keywords yang sangat khusus, berkaitan dengan produk anda. Ini memudahkan anda untuk tahu cara setting Google Ads.

Anda boleh gunakan beberapa perisian untuk cari key words yang sesuai. Antaranya LSIGraph.

marketing strategy

18. Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik

Selepas anda membuat market research, guna dan janakan strategi pemasaran terbaik untuk bisnes online. Pemasaran digital sangat luas. Anda perlu belajar dengan pakarnya kalau nak berjaya.

Jangan lupa manfaatkan kandungan video pelanggan anda di Facebook dan Instagram. Sekarang ini video di TikTok juga dapat menarik perhatian orang.

Perasan tak ramai peniaga online yang dah mula menggunakan video sebagai salah satu medium pemasaran online?

Malah, pengguna dan Content Creator pun makin bertambah setiap hari di platform berbentuk video seperti YouTube, Facebok, Instagram dan TikTok.

Tidak dapat dinafikan di ketika ini video pemasaran menjadi salah satu strategi wajib yang harus digunakan oleh para peniaga online.

omni channel

19. Elakkan promosi di satu platform sahaja

Sekarang ni banyak platform yang kita boleh promosi bisnes. Jangan selesa di satu platform sahaja. Ramai peniaga terutama yang menjual produk untuk wanita hanya letak gambar di Pinterest. Pinterest ni ada kebaikannya cuma jangan terlalu mengharapkan sales dari situ.

subscription

20. Tawarkan langganan produk

Kebanyakan jenama besar akan menawarkan langganan produk untuk mengekalkan atau mengikat pelanggan. Anda juga boleh cuba cara ini. Anda boleh menawarkan langganan produk untuk pelanngan setia. Ini cara untuk mengekalkan pelanggan tersebut dan memberi tarikan untuk pelanggan baharu.

customer review

21. Gunakan review pelanggan

Seperti point no 11, setiap review pelanggan perlu ditunjukkan.  Review pelanggan dalam bisnis merupakan salah satu hal yang tidak boleh diketepikan. Penting untuk anda ketahui bahwa hampir 89% customer melihat review online sebagai bahan pertimbangan untuk mereka berbelanja.

 Ada pelanggan suka baca review terlebih dahulu sebelum membeli. Anda juga boleh gunakan FB Story atau IG Story untuk kongsi review pelanggan.

buy now pay later

22. “Beli Sekarang, Bayar Kemudian”

Apa itu Beli Sekarang Bayar Kemudian?Ia adalah perkhidmatan yang membolehkan anda membeli apa yang anda perlukan dan bayar kemudian.

Peruncit dan pemilik kedai ecommerce yang menawarkan pembiayaan sebegini kepada pelanggan mereka amat disukai oleh ramai orang.

Konsep “beli sekarang bayar kemudian” agak serupa dengan kaedah membeli-belah yang lama. Walau bagaimanapun, dengan kaedah lama, pemilikan item hanya dibenarkan apabila pembeli telah membuat ansuran yang berkaitan dan menyelesaikan pembayaran mereka.

Dengan syarikat BNPL pihak ketiga, anda boleh memiliki item tersebut dengan segera, dan kemudian membayar balik jumlah tersebut berdasarkan kadar faedah yang dipersetujui. Kaedahnya agak mudah.

Sales 5 angka sehari

23. Kuasai Google Analytics

Google Analytics adalah tool yang wajib dimiliki. Sebab, dengan menginstall Google Analytics di website, anda dengan mudah boleh memantau trafik web.

Ia bukan sekadar untuk melihat trafik web. Platform ini juga menyediakan berbagai data soal keupayaan. Mulai dari dari mana sumber trafik, data demografi pengunjung, konten popular, dan lain-lain.

Jika anda dapat kuasai GA ini, pastinya sales anda akan meroket.

Kesimpulan

Mudah sebenarnya nak buat bisnes ecommerce ni. Anda tak perlukan modal yang besar pun untuk bermula. Sesiapa sahaja boleh buat duit secara online. Jika anda ikuti tips ini, sekurangnya anda dapat tahu hala tuju dalam bisnes ecommerce.

Nak kami bantu tingkatkan jualan dan jenama anda? Klik di sini

Artikel berkaitan : 10 Rutin Pagi Orang Berjaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!