5 Hack Pesaing yang anda boleh tiru

Pesaing
Spread the Content

Bagaimana dengan tiru dari pesaing dapat membuatkan bisnes anda menjadi lebih berkembang? Ramai orang kata tiru dari pesaing ni tak elok. Sebenarnya meniru di sini adalah mengikut langkah pesaing. Jujurnya meniru pesaing sebenarnya tak salah. Ingat kita hanya mengikut langkah bukannya meniru content, cara kerja dan juga data pesaing.

Pesaing

5 perkara yang anda boleh tiru dari pesaing;

Dalam artikel ni kami nak kongsi dengan anda part mana yang anda boleh tiru dari pesaing anda untuk bantu bisnes anda grow dan tingkatkan jualan 10x ganda dari sediada. 5 perkara ni sangat penting and sangat berguna untuk anda yang baru dan dah lama berniaga tapi still susah nak growkan bisnes.

  1. Model bisnes pesaing ( apa yang bisnes pesaing buat)
  2. Idea bisnes pesaing
  3. Teknik pesaing berniaga
  4. Strategi pesaing
  5. Mentor pesaing anda

Macam mana cara untuk nak dapatkan maklumat pesaing?

Mudah sahaja, sekarang semua dihujung jari. Anda boleh sahaja:

+ Baca buku-buku yang berkaitan dengan pesaing

+ Boleh sahaja hubungi mereka untuk dapatkan tunjuk ajar

+ Kumpul maklumat pesaing

+ Menonton video. Youtube atau sekarang ada mereka yang berjaya kongsi video TikTok

+ Join kelas atau enroll course macam pesaing

+ Ambil peluang dekati mentor yang sama, dan macam-macam lagi.

Tiru dari Pesaing

Kenapa perlu meniru dari pesaing?

Tak ada masalah untuk bermula dengan kosong. Yang ada masalah ialah semua benda nak cepat. Tapi.. tak ada masalah juga nak cepat. Cuma kena pandai merancang.

Sebab itu kita perlu meniru kerana kadang-kadang kita tak ada masa nak bermula dari kosong. Mungkin idea tu ada. Cuma tak tahu cara nak mulakannya.

Lagi pun kita tak perlu nak mencipta semula sesuatu bisnes itu. Kita hanya perlu tahu cara bisnes tersebut. Belajar cara bagaimana mereka bekerja.

Ikut langkah mereka dan aplikasikan cara mereka.

1. Tiru Model Bisnes

Kadang-kadang kita tak nampak sesuatu maklumat yang penting dalam bisnes kita. Jadi denagn meniru model bisnes pesaing kita dapat maklumat yang kita sendiri tercari-cari terutamanya ‘selling point’.

Tiru Idea Pesaing

2. Tiru Idea

Antara idea yang boleh ditiru ialah material pengiklanan termasuk di platform media sosial. Begitu juga anda boleh meniru bagaimana mereka membangunkan laman web yang senang dilayari pelanggan.

Apabila bisnes pesaing viral, apa yang perlu anda lakukan:

– Analisis bagaimana ia boleh viral

– Belajar bagaimana pesaing menarik minat pelanggan

– Melihat bagaimana cara untuk membangkitkan emosi

– Bila anda pernah lihat perkara ni. Setahun yang lalu atau baru sahaja anda melihat.

– Adakah perkara viral ini berkait dengan pengalaman anda.

Ambil idea-idea ini dan gabungkan dengan pendekatan yang telah anda rancangkan.

3. Tiru Teknik Bisnes

Teknik bisnes selalunya berbeza antara satu sama lain. Namun tak salah jika kita meniru salah satu Teknik. Mungkin cara mereka buat copywriting atau cara mereka mengiklankan sesuatu produk. Anda akan merasa sendiri apa teknik yang sesuai dengan bisnes anda.

tiru strategi pesaing

4. Tiru Strategi

Sebelum nak tiru strategi pesaing, pastikan anda tahu adakah strategi ini berkesan, apa konteks yang digunakan dan adakah sesuai dengan bisnes anda.

Gunakan strategi pesaing jika ia berasas, sesuai dengan situasi anda dan boleh diulang pakai.

5. Tiru Mentor

Kadang-kadang kita nak belajar dengan ramai mentor. Ini tak salah, cuma setiap mentor ada pendekatannya masing-masing.Terlalu ramai mentor, pastinya terlalu banyak nasihat.

Namun banyak sangat nasihat akan buat anda keliru yang mana satu hendak dipilih. Pilih mentor yang sesuai dengan bisnes anda.

Pastikan juga mentor yang dipilih tu bukan mentor yang jual air liur. Jika anda sudah pilih mentor tersebut, buat apa yang mereka nasihatkan. Sentiasa dengan mereka dan hanya mendengar tetapi tidak bertindak.

Ambil segala ilmu yang mereka turunkan. Cuma jangan terlalu harapkan mentor. Belajar hadapi risiko. Bertindak, usaha dan cari jalan.

Akhir sekali jika ini tidak berjaya, jangan putus asa. Dapatkan ilmu baharu dan refresh cara baharu. Apa pun, semuanya bergantung pada diri anda 100 peratus.

Nak kami bantu growkan brand & sales anda? Klik di sini

Artikel lain : 23 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Bisnes e-commerce

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!