Dalam artikel kali ni, kami nak share cara macam mana nak buat link whatsapp dengan mudah dan paling bestnya ianya adalah Percuma. Korang boleh terus apply dan terus boleh guna serta merta. Kita juga ada menyediakan video Cara Buat Link Whatsapp dengan mudah bagi membantu korang follow step by step cara nak buat link whatsapp.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

3 Kelebihan Buat Link Whatsapp
Jika anda seorang usahawan, dengan menggunakan link Whatsapp ni adalah satu perkara yang penting. Anda dapat melihat statistik klik, dapat menambahbaik dan dapat menggunakan ianya untuk tujuan iklan digital.

Kelebihan pertama : Boleh pantau klik
Ya, bila kita menggunakan link whatsapp ni, kita dapat monitor berapa orang yang klik link kita hari ni, minggu lepas atau bulan lepas. Dari sini kita boleh belajar cara nak tambahbaik dan kenalpasti iklan digital kita perlukan lebih ramai klik dan dari platform mana diorang klik.
Kelebihan kedua : Analisa Statistik
Untuk kelebihan kedua, anda boleh menganalisa statistik link yang masuk melalui kempen. Ini sangat membantu untuk anda yang nak tau dari sumber mana datangkan visitor klik link anda.
Kelebihan ketiga : Link yang pendek
Apabila anda menggunakan link whatsapp ni, anda dapat memendekkan url link anda yang panjang dan yang mempunyai banyak number kepada satu link yang pendek dan mudah.
Dah Sedia? Jom kita start belajar cara buat link Whatsapp
Step Pertama : Login ke Web Bit.ly
Untuk anda yang tak pernah masuk ke laman web bit.ly ini link nya : https://bitly.com/
Kemudian anda boleh klik pada Sign up Free.

Step kedua : Daftar akaun bit.ly percuma
Cara buat link Whatsapp seterusnya, anda boleh mendaftar menggunakan akaun google ataupun email anda, kemudian klik pada Create new Bit.ly account, dan isi beberapa details basic yang bit.ly perlukan.

Step ketiga : Dashboard Bit.ly
Selepas dah isi details, kemudian anda akan di bawa ke Dashboard Bit.ly. Ok, sekarang kita nak create link pertama kita.

Step keempat : Create Link
Step keempat adalah dengan cipta link pertama anda. Anda klik pada “Create your first link”, kemudian akan ada pop up keluar di sebelah kanan laptop atau komputer anda.

Step kelima : Copy link yang nak di pendekkan
Copy link panjang yang anda nak pendekkan. contoh link whatsapp ni, contoh saya nak pendekkan link whatsapp di bawah ni, jadi saya akan copy url ni panjang ni.

Step keenam : Paste kan link di bit.ly
Paste kan link yang anda copy tadi di bahagian “Enter Long URL” dan klik pada create.

Step ketujuh : Link anda sudah pun ready
Link anda akan keluar di bahagian atas dan anda boleh copy link tersebut.

Step kelapan : Copy dan Test Link
Anda boleh paste kan link yang anda copy tadi and paste kan di new tab untuk test samada berfungsi atau tidak.

Step kesembilan : Dah siap dan dah boleh pakai
Link dah boleh di gunakan, dan anda boleh gunakan link ni untuk tujuan iklan digital seperti fb ads, google ads, posting pada social media dan pelbagai lagi.


Manfaat Guna Bit.ly
Dengan menggunakan bit.ly anda dapat manfaat kan kepada beberapa perkara penting, samada untuk tujuan perniagaan mahupun tujuan personal. Di sini kami sertakan 3 manfaat lepas anda gunakan bit.ly.
Manfaat pertama : Baca data
Dengan menggunakan bit.ly, anda dapat melihat dan membaca data-data pada link yang ada cipta. Di sini anda dapat analisa berapa jumlah klik pada sesebuah kempen iklan ataupun klik.
Kelebihan kedua : Boleh cipta pelbagai link
Anda boleh mencipta beberapa link di bit.ly dengan mudah, tanpa memerlukan apa-apa coding anda dah boleh cipta link dengan mudah.
Kelebihan ketiga : Ianya Percuma
Ada boleh memanfaatkan bit.ly ini dengan baik kerana ianya percuma, dan boleh guna tanpa perlu bayar apa-apa kos. Best bukan?
Akhir kata
Terima kasih atas kesudian anda membaca, di harap sedikit ilmu ini dapat membantu anda membuat link whatsapp dengan mudah. Jangan lupa komen di bawah dan kongsi pada rakan-rakan ya. Jumpa anda di next blog.
Nak belajar buat facebook ads? Klik di sini
Nak belajar TikTok Ads? Klik di sini
Article lain: effective SEO
Like Facebook Page kami : SS Custom