Menghasilkan idea nama perniagaan yang terbaik bukan mudah lagi-lagi nak dapatkan nama syarikat yang membawa rezeki. Jika anda ingin memilih nama perniagaan yang menarik dan mudah diingati, ianya mestilah unik dan memberikan makna yang tersendiri. Nama perniagaan ialah nama rasmi perniagaan anda. Anda memerlukan nama perniagaan yang sangat sesuai dan yang baik, supaya pelanggan mudah mencari anda di social media dan mudah untuk anda membina jenama.
Nama perniagaan anda harus mencerminkan apa yang anda lakukan dan siapa anda sebagai sebuah syarikat. Ia harus diingati, unik dan mudah dieja. Anda perlukan sesuatu nama yang boleh dikenali dan jauh lebih baik daripada pesaing anda. Memilih dan memberikan nama kepada sesebuah perniagaan adalah salah satu keputusan paling penting yang boleh dibuat oleh anda selaku pemilik syarikat. Kerana ini adalah perkara pertama yang bakal pelanggan lihat dan juga pesaing-pesaing anda. Mencari nama perniagaan yang sempurna adalah sangat penting. Antara ciri-ciri nama perniagaan yang terbaik adalah ianya menarik dan mudah diingat.

IDEA NAMA PERNIAGAAN YANG MEMBAWA REZEKI
Antara kredibiliti yang wajar ada pada setiap pendiri bisnes atau seorang usahawan ialah kebijaksanaan memilih nama perniagaan. Nama perniagaan sangat penting untuk pelan jangka masa panjang. Terutamanya untuk impak yang melibatkan aktiviti pemasaran dan penjenamaan.
Nama yang bagus mewakili imej atau menggambarkan bisnes kita. Ia juga memberi pandangan pertama orang lain terhadap bisnes kita.
Tip Memilih Nama Perniagaan
Terdapat beberapa cara untuk mencari nama perniagaan yang diidamkan anda. Berikut adalah 3 cara untuk menjentik kreativiti anda memcari nama bakal syarikat anda:
- Anda boleh menggunakan identiti atau jenis perniagaan untuk membina nama syarikat yang unik. Sebagai contoh, Hussin Nasi Kandar dimana Hussin merupakan nama dan nasi kandar ialah jenis perniagaan yang dijalankan.
- Cuba google name generator seperti namelix.com, businessnamegenerator.com atau novanym.com untuk mencari idea-idea menarik untuk dijadikan nama syarikat.
- Nama yang istimewa pada diri anda juga boleh dicadangkan untuk diletakkan sebagai nama syarikat seperti nama keluarga, nama singkat anda atau nama-nama yang mengambarkan diri anda.
Nama perniagaan yang baik dalam Islam
Secara asasnya, asalkan nama perniagaanyang dipilih itu tidak melanggar apa-apa hukum agama, ia harus digunakan. Antara cadangan, gunakan 99 nama Allah. namun, sebelum gunakan nama Allah ini, perhatikan maksudnya terlebih dahulu kerana tidak semua sesuai.
Elakkan dari menggunakan “Al” kerana ini membawa maksud “Maha”. SSM juga tidak akan benarkan penggunaan kalimah atau nama Allah secara suka-suka dan membuta tuli. Semuanya tertakluk kepada kelulusan SSM nanti.
Adakah ini nama syarikat yang membawa rezeki?
Nama syarikat yang baik dalam Islam seperti yang di atas bukanlah satu jaminan bahawa syarikat anda akan catat untung dan berjaya.
Ia hanya sekadar nama. Untung atau tidak sesuatu syarikat itu tetap bergantung kepada usaha kau dalam menguruskan syarikat dan membuat jualan. Tidak dilupakan, untuk murah rezeki, mestilah selalu bersedekah dan berdoa pada Allah supaya perniagaan semakin maju.

Macam Mana Nak Pilih Nama Perniagaan Yang Unik?
Semestinya kita sebagai ahli perniagaan ingin memilih nama perniagaan yang baik dan unik. Berikut adalah 5 tip dalam memilih nama perniagaan yang menarik.
Nama pendek dan padat
Nama perniagaan yang pendek sangat mudah diingati. Sebaiknya menggunakan satu hingga dua perkataan sahaja.
Semakin mudah nama perniagaan anda, lebih mudah nama anda diingat. Sesuatu yang mudah selalunya lebih baik daripada yang terperinci.
Kita boleh lihat syarikat-syarikat gergasi seperti Apple, Huawei, Tesla, Netflix menggunakan nama singkat bagi memudahkan orang ramai mengingati mereka.
Apple merupakan antara nama dan logo jenama terkemuka di dunia. Steve Jobs muncul dengan nama ini setelah kembali dari ladang epal dan menganggap namanya terdengar “menyenangkan, bersemangat dan tidak menakutkan.”
Satu perkataan yang mudah. Itu sahaja yang diperlukan. Malah satu perkataan yang penuh makna dapat memberi satu keajaiban identiti jenama anda. Dan jika anda cukup pintar untuk menggunakan nama buah — tidak berkaitan dengan komputer— sudah pasti anda terpisah daripada persaingan.
Anda boleh cuba mencari nama singkat tapi sesuai dengan anda untuk didaftarkan sebagai nama perniagaan.
Dalam satu artikel Harvard Business Review, pelabur cenderung sukakan nama perniagaan yang senang ingat dan padat.
Jenama terkenal mempunyai ciri-ciri beberapa kombinasi awal huruf pengasasnya atau portmanteau nama depan dan belakang mereka atau singkatan frasa. Contohnya Restoran A&W menagmbil awalan nama pengasas iaitu Allan dan Wright. Semasa menghasilkan nama pendek untuk jenama, pastikan nama tersebut dapat dilafazkan dan diingat pelanggan dengan mudah.

Menggambarkan Perniagaan
Nama perniagaan perlu berkaitan dan mengambarkan perniagaan yang dijalankan. Ianya amat penting bagi mengelakkan kekeliruan pelanggan kelak. Contohnya, nama syarikat anda Ismail Florist tetapi anda meniaga produk senaman. Pelik bukan?
Disarankan untuk anda meletakkan nama syarikat anda yang ada berkaitan dengan industri peniagaan yang anda ceburi. Sebagai contoh, Restoran Sulaiman Nasi Kandar merupakan perniagaan dalam industri makanan dan nama meraka melambangkan perniagaan nasi kandar yang mereka pelopori. Apabila meletakkan nama yang jelas, mudah pelanggan untuk mengetahui tawaran yang diberikan oleh syarikat anda.
Jika anda gunakan ciri nama yang menggambarkan perniagaan, ia bagus untuk beri idea pantas tentang perniagaan anda letak saja nama anda dan perniagaan yang anda buat.
Perniagaan sebegini biasanya kita boleh tengok pada penerbitan akhbar atau buku.
Misalnya Berita Harian, Harian Metro, Majalah Mingguan Wanita, Utusan Malaysia, News Strait Time, Komik Misi dan Penerbitan Karangkraf.
Nama perniagaan yang tunjukkan secara langsung tentang jenis perniagaandan produk.
Tidak Mengelirukan
Seringkali semasa ingin mencari nama perniagaan kita memilih nama-nama yang terlampau unik sehingga boleh menimbulkan kekeliruan. Ini sering terjadi apabila kita mengabungkan nama atau mencipta akronim yang kita sendiri yang faham maknanya. Berhati-hati semasa mencipta nama tersebut supaya ianya tidak menimbulkan maksud yang tidak diingini atau sama dengan syarikat yang sedia ada.
Luar biasa dan Kreatif
Sesuatu yang luar biasa, akan menarik minat orang ramai kerana tanggapan awal prospek pelanggan adalah ia sesuatu yang menarik, baru dan sentiasa diingat.
Nama yang eksentrik atau pelik juga seakan-akan menawarkan sesuatu yang ekslusif.
Nama tersebut tidak akan dapat ditiru oleh orang lain dan anda sentiasa menjadi yang pertama di kaca mata pelanggan, atau sekurang-kurangnya perkhidmatan yang ditawarkan jauh berbeza dari pesaing.
Nama perniagaan yang unik pasti akan sentiasa diingati oleh pelanggan. Maka anda perlu kreatif dalam mencari nama perniagaan anda. Antara cadangannya ialah dengan menggunakan perkataan bahasa lain untuk dijadikan nama syarikat anda. Sebagai contoh, Bonita merupakan bahasa Portugis yang membawa maksud cantik. Pastikan nama yang dipilih itu tidak membawa maksud tidak elok atau negatif.

Kuat
Sekiranya anda dapat menambahkan tenaga pada jenama anda, itu adalah bonus.
Jenama berkembang berdasarkan idea pemberdayaan dan membawa gambaran positif dalam persamaan yang akan menjadikan perniagaan anda tertarik ke arah kejayaan lebih daripada biasa.
Ketika Hans Wilsdorf mula membuat jam tangannya, beliau mencari nama yang pendek, mudah diucapkan dan diingat serta kelihatan bagus pada jam tangan. Beliau telah menggabungkan huruf abjad “dengan apa cara yang boleh” dan menghasilkan ratusan nama.
Tiada satu pun yang sesuai sehinggalah beliau seakan terdengar sebutan“Rolex” di telinganya.
Nike adalah contoh syarikat lain yang mencipta nama jenama dan membina identiti berdasarkan idea itu.
Syarikat itu mengambil namanya bersempena dewi kemenangan Yunani, Nike, dan telah menanamkan idea ini dalam budaya korporat mereka, dan hasilnya mereka menjadi peneraju di dalam industri.
Tidak semua orang tahu maksud di sebalik jenama paling berkuasa di seluruh dunia, tetapi itu tidak memberi apa-apa kesan.
Jenama-jenama ini telah mengambil mesej dalam nama mereka dan membuatnya dalam falsafah perniagaan mereka.
Nike tidak memerlukan pelanggannya mengaitkan kemenangan dengan jenamanya kerana Nike menanamkan mantra bahawa tugas mereka adalah membuat pelanggan berasa seperti seorang pemenang.
Nak kami bantu Tingkatkan Sales perniagaan anda? Klik di sini

Nama Perniagaan Perlu Guna Nama Melayu?
Tak semestinya. Anda boleh sahaja menggunakan apa-apa nama perniagaan yang difikirkan baik asalkan tidak melanggar undang-undang. Nak guna English boleh, nak guna Bahasa Melayu pun boleh.
Yang penting, jangan sampai dalam bab mahu membuka syarikat baru, terushilang jati diri dan keyakinan kerana malu menggunakan Bahasa Melayu dalam berurusan tentang hal perniagaan seharian.
CARA DAFTAR SSM ONLINE (PENDAFTARAN PERNIAGAAN)
Anda sudah dapat nama perniagaan? Sudah berpuas hati dengan nama tersebut?
Kini anda boleh melangkah ke peringkat seterusnya.
Kepada anda yang baru memulakan perniagaan dan ingin serius melakukan perniagaan tersebut, kini anda boleh mendaftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM online.
Berikut dikongsikan cara buka perniagaan Enterprise atau Tunggal secara online sahaja.
Lebih cepat dan mudah.
Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di SSM
Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau
apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Ini bermakna, selain bisnes penjualan barang-barang atau makanan, servis tertentu seperti khidmat rider atau freelance juga termasuk antara perniagaan yang boleh didaftarkan.
Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan
bentuk perniagaan adalah seperti berikut:
- Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh
seorang pemilik. - Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi
Syarat Pendaftaran Perniagaan
- Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
- Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Lain-lain panduan / syarat yang berkaitan:
- Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
- Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
- Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
- Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.

Cara Daftar ezBiz SSM Online
Cara register SSM adalah melalui prosedur berikut:
- Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
- Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.
- Tekan butang REGISTER.
- Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.
- Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
- Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
- Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.
- Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
- Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
- Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
- Selesai. Jom ke peringkat seterusnya.

WEBSITE PERNIAGAAN
Nama perniagaan dah dipilih. Perniagaan sudah didaftar. Tapi belum ada website?
Anda kena fahami perbezaan antara website dan perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Website ni ialah kedai dan pejabat anda.
Media sosial ni pula ialah jabatan PR, pemasaran, pengiklanan dan promosi anda.
Anda perlu kedua-duanya.
Website merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesebuah bisnes jika ingin kelihatan lebih maju.
Media sosial (Facebook, Instagram, Twitter) dan website adalah perkara yang saling melengkapi. Ada perkara website boleh buat, FB tak boleh. Tapi ada juga perkara yang FB boleh buat dan website tak boleh nak buat.
Sebelum nak buat website, kita kena lihat kepada pemilihan domain dan web hosting.
Domain dan Hosting. Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Miliki Website
Apa itu domain dan hosting ? Bagi yang ingin membina website ataupun mereka yang ingin menggunakan website sebagai platform mereka, pasti ada diantara mereka yang tertanya-tanya, apakah perbezaan antara domain dan hosting ? Sebenarnya kedua-duanya merupakan asas bagi mereka yang ingin memiliki website sendiri.
Jadi anda boleh baca penerangan di bawah untuk tahu apa itu domain dan hosting. Mingkin dapat membantu anda bagi memiliki website nanti.

Domain
Domain adalah alamat atau adress website anda. Dengan kata yang mudah faham, domain adalah url utama website kita. Sebagai contoh bisnessaya.com adalah domain. Kiranya pengenalan atau jenama untuk website anda.
Domain memberikan kemudahan pengguna internet untuk melakukan akses ke server dan memudahkan mengingat server yang dikunjungi dibandingkan harus mengingat angka-angka IP Address.
Anda perlu fikir nama domain yang menarik, ringkas, mudah ditaip dan mudah diingati. Ini kerana sekiranya domain anda terlalu panjang dan sukar diingat, ia akan mempengaruhi return visitor yang bermaksud, adakah mereka akan kembali untuk melayari laman web anda.
Fungsi domain ini adalah sebagai nama atau alamat untuk website anda.
Domain ada beberapa level iaitu:
- Top level domain (TLD)
- Second level domain (SLD)
- Third level domain
Top Level Domain (TLD)
Deretan di belakang nama domain. Contoh .com/ .net/ .org/ .edu dan sebagainya. Ada dua jenis TLD iaitu Global Top Level Domain (gTLD) tadi dan juga Country Code Top Level Domain (ccTLD) yang dikhaskan untuk negara masing-masing. Contoh .com.my/ .net.my
Second Level Domain (SLD)
Nama domain yang didaftarkan. Contoh: www.bisnessaya.com bisnessaya adalah SLD dan .com adalah TLD.
Third Level Domain
Third level domain ini adalah seksyen kepada nama domain. Ia diletakkan sebelum second level domain. Contoh: blog.bisnessaya.com. Ini adalah third level domain atau sub domain.
Di dalam syarikat third level domain ini biasanya digunakan untuk pembahagian jabatan-jabatan.
Nak kami bantu Tingkatkan Leads anda? Klik di sini

Pemilihan Domain Yang Sesuai Untuk Website
Bagi mereka yang ingin membina website untuk bisnes, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah domain. Domain adalah nama unik yang diberikan untuk mengenalpasti nama server komputer seperti web server atau email server di jaringan komputer ataupun internet.
Fungsi Domain adalah untuk memudahkan pengguna di internet ketika melakukan akses ke server. Selain itu juga dipakai untuk mengingat nama server yang dikunjungi tanpa harus mengenal deretan angka yang rumit yang dikenal sebagai IP address. Nama domain ini juga dikenal sebagai sebuah kesatuan dari sebuah web. Nama domain kadang-kadang disebut pula dengan istilah URL, atau alamat website.
Pemilihan domain adalah penting. Jangan silap pilih. Sekali dibeli anda kena tetap dengan domain tersebut. Jika tidak terpaksa membeli domain baru.
Tips Pilih Domain Yang Sesuai.
Pemilihan nama untuk domain adalah sangat penting. Domain ini boleh dikatakan sebagai penjenamaan untuk bisnes anda. Bila orang ingat domain mesti orang ingat bisnes kita.
Cuba main sedikit dengan keyword untuk mencipta nama domain yang unik. Sekurang-kurangnya dapat membantu untuk SEO.
Nama domain haruslah yang senang dibaca dan dibunyikan. Ini penting kerana ia berkait rapat dengan cara otak kita berfungsi untuk mengingati sesuatu benda. Kita lebih mudah untuk ingat benda yang kita tahu kenal atau sering gunakan. Jika nama domain anda sukar untuk dibaca dibunyikan, orang susah untuk mengingati website anda.
Panjang-pendek nama domain anda mempengaruhi kadar kejayaan website. Nama domain yang pendek lebih mudah untuk ditaip, disebut, di ingati dan di kongsi. Pilih suku kata yang pendek. 3 atau 4 suku kata paling sesuai untuk domain.
Sebelum memutuskan untuk membeli satu-satu nama domain buat kajian terlebih dahulu. Cuba cari taip dekat ‘Google Search’ nama tersebut. Jika sudah digunakan oleh orang lain lebih baik fikir sahaja nama yang baru.
Seterusnya periksa juga nama anda di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan yang berkaitan. Anda tidak mahu nama anda dalam media sosial sudah diambil orang. Jika tidak ada orang lain yang menggunakannya, perkara pertama yang anda harus lakukan selepas membeli nama domain tersebut adalah membuat akaun dengan menggunakan nama tersebut pada
semua laman sosial yang berkaitan. Ini yang dinamakan penjenamaan atau branding untuk bisnes anda.
Anda perlu buat perancangan, lihat segala peluang yang ada sebelum memilih nama domain. Ini dapat memastikan nama tersebut bersesuaian untuk sebarang perubahan, cabang atau tambahan pada masa akan datang. Elakkan memilih nama domain ikut sedap atau trend.
Jika anda dapat nama domain yang terbaik terus sahaja beli, jangan biar orang lain ambil nama tersebut. Jangan berlengah-lengah, nama yang anda pilih belum tentu masih ada pada hari esok atau lusa.
Beli domain hanya dari syarikat yang boleh dipercayai dengan harga yang rasional. Harga standard untuk domain .com sekarang dalam sekitar RM35 – RM50 setahun.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih beli semua domain yang berkaitan dengan nama domain yang anda pilih. Ini adalah satu langkah untuk melindungi domain anda jika satu hari nama bisnes anda meletup. Orang lain tidak boleh mengambil peluang atau kesempatan ke atas domain anda.
Jika sudah beli domain, bayar terus untuk 5 tahun. Ini dapat mengukuhkan lagi domain dan bisnes anda.
Hosting
Hosting adalah storage ataupun penyimpanan fail-fail dan data website anda untuk dipaparkan sekiranya pengunjung klik ke address domain anda. Segala kandungan laman web anda seperti teks, gambar, video, data dan sebagainya akan disimpan di dalam hosting.
Selain itu, sekiranya anda inginkan subdomain seperti login.domain.com atau sebagainya juga boleh dibuat dengan adanya hosting.
Hosting boleh diibaratkan seperti rumah. Di dalam rumah ada bermacam-macam perabot dan semua barang-barang kita terletak dan disimpan di dalam rumah.
Begitu juga dengan hosting. Ia adalah tempat di mana semua fail, maklumat dan database disimpan.
Hosting pula ada bermacam-macam jenis iaitu:
- Shared Hosting- layanan hosting dimana sebuah account hosting diletakan bersama-sama beberapa account hosting lain dalam satu server yang sama, dan memakai services bersama-sama.
- VPS Hosting – VPS merupakan singkatan dari Virtual Private Server. VPS hosting adalah salah satu layanan hosting yang paling banyak digunakan untuk website. Untungnya VPS adalah tidak perlu kongsi dengan yang lain.
- Dedicated Hosting – hosting di mana sebuah server yang dipakai oleh 1 account (atau 1 website, 1 pelanggan) saja.
- Cloud Hosting – sekumpulan dari server-server yang ada didalam jaringan besar atau network peer, kebanyakan menggunakan teknologi SAN (Storage Area Network).
Nak kami bantu Rankingkan Video youtube bisnes anda? Klik di sini

Tips Untuk Memilih Web Hosting Yang Baik
Pemilihan web hosting adalah perkara yang penting bagi sesebuah domain dan website. Terdapat banyak syarikat web hosting Malaysia yang menawarkan pelbagai ciri-ciri dan pakej yang menarik.
Ada syarikat web hosting yang menawarkan pelbagai pakej dengan harga rendah, ada pula yang menawarkan kapasiti ruang storan yang besar, dan ada yang memfokuskan kepada prestasi server sebagai tarikan.
Jika salah memilih web hosting, boleh menyebabkan anda kerugian bukan setakat wang, tetapi masa dan tenaga. Bayangkan jika syarikat web hosting bankrupt, pemilik domain akan hilang segala-gala data, fail dan akses kepada DNS dan pengurusan domain. Pasti akan letih kerana untuk membangunkan sebuah website penuh dengan konten mengambil masa yang lama kemudian hilang begitu sahaja.
Sebab itu, sebelum memilih web hosting, pastikan dahulu kredibiliti dan tempoh syarikat tersebut telah memberi khidmat. Jika boleh pilih syarikat web hosting yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dan juga bilangan pelanggan yang dihoskan website mereka. Kena rajin buat tinjauan dengan banyak syarikat sebelum memilih web hosting.
Memilih Web Hosting
Untuk memilih web hosting, beberapa perkara berikut perlu dititikberatkan. Kalau boleh web hosting menawarkan servis-servis ini.
Web Hosting SSL (HTTPS)
Jika anda mempunyai sebuah website e-dagang, pastinya anda mahu pelanggan anda berasa selamat apabila pelanggan memasukkan maklumat peribadi untuk melakukan transaksi pembelian. Di zaman online shopping ini, pelanggan sudah mula sedar akan kepentinggan menjaga privasi dan data peribadi.
Sehungan itu, kebiasaannnya pelanggan akan lebih percaya dengan website yang mempunyai sijil SSL atau tanda huruf “S” pada penghujung syntax “http” menjadikkannya “https”.
Berbanding dengan website yang tiada perlindungan tambahan untuk penjagaan data maklumat peribadi dan privasi, website anda akan lebih diyakini akan lapisan sekuriti oleh pelanggan apabila adanya sijil SSL.
Jadi cari web hosting datang bersama Domain Validated Comodo-signed SSLs, menjadikan laman web anda lebih dipercayai apabila meminta butiran hubungan pelanggan, kata laluan atau maklumat pembayaran.
Bantuan Teknikal Profesional Dan Mesra Pelanggan
Cari Web hosting yang dapat dihubungi 24 jam sehari, setiap hari melalui telefon, helpdesk atau email sepanjang hari. Syarikat web hosting yang baik adalah anda akan diberikan bantuan oleh pakar yang mengetahui hal selok-belok dan masalah berkaitan dengan web hosting.
Khidmat Pelanggan yang ditawarkan juga mestilah mesra pelanggan. Setiap persoalan anda mestilah dijawab dengan mesra.
Boleh Di Percayai Dari Segi Keselamatan
Apa yang paling ditakuti oleh setiap pemilik website dan domain adalah keselamatan dari diceroboh oleh pengodam dan serangan virus seperti DDOS. Selain itu, anda juga berharap website anda tidak mengalami masalah pelayan tidak beroperasi (server down).
Oleh itu perlu mencari syarikat web hosting yang boleh dipercayai realibility dan selamat dari segi keselamatan.
Web Hosting Network Dan Server Yang Pantas
Siapa yang tidak mahu website yang pantas. Lagi-lagi website bisnes. Anda pasti mahu website yang loading dengan pantas untuk mengelakkan pelanggan menunggu lama.
Oleh sebab itu anda perlukan web hosting yang mempunyai network dan server yang pantas.
Jadi dengan tips yang ringkas ini dapat membantu anda untuk memilih web hosting yang baik. Pastikan ia berbaloi dengan wang anda. Jadikan website anda jadi pilihan pengunjung dan dapat memberi jangka hayat yang panjang untuk website anda.
Nak kami bantu Tingkatkan ROAS iklan anda? Klik di sini

Pentingnya Pemilihan Warna Yang Tepat Untuk Website
Website kini telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti bidang perniagaan, pendidikan, kiosk, hiburan dan pelbagai bidang. Ramai yang berlumba-lumba untuk mempunyai website tersendiri. Namun tahukah anda bagaimana untuk membezakan website anda dengan website yang lain? Salah satunya adalah warna untuk website anda.
Semua orang tahu website merupakan salah satu penjenamaan (branding) bagi bisnes. Begitu juga dengan warna. Terdapat kajian yang menyatakan warna membuatkan pengiktirafan jenama naik sehingga 80%.
Tahukah bahawa warna boleh simbolikkan website anda untuk orang ingat dengan mudah? Warna boleh jadikan website anda unik dan mempunyai tarikan tersendiri.
Pemilihan Warna Untuk Website
Adalah amat penting untuk memilih warna yang sesuai bagi website anda. Elakkan dari memilih tema warna secara rawak atau menggunakan pendekatan asalkan boleh.
Memilih skema warna untuk website memang tidak mudah tapi juga tidak begitu susah. Tetapi akan lebih baik hanya menggunakan 3 warna utama di website anda. Semakin banyak warna yang anda gunakan, semakin menciptakan penampilan yang konsisten dan seimbang untuk website anda.
Sebagai permulaan, anda boleh mencuba aturan 60-30-10 yang telah lama digunakan oleh pereka dalaman dan pereka fesyen untuk warna website anda.
Aturan ini menetapkan bahawa anda harus memilih tiga warna yang berbeza dan menggunakannya dalam ratio 60%, 30% dan 10% untuk setiap warna.
- 60 peratus warna dominan
- 30 peratus warna sekunder
- 10 peratus warna penekanan
Ini bermaksud di dalam website anda 60% adalah warna dominan, warna sekunder hanya 30% dan untuk melengkapkan website anda guna 10% warna penekanan.
Jika anda memilih tema warna yang kena dengan demografik anda, tidak mustahil website anda akan ramai pengunjung. Impak warna mungkin berbeza mengikut tempat atau negara.
Tidak semestinya warna yang menarik bagi negara India disukai oleh rakyat Jepun. Anda harus bijak mempertimbangkan emosi dan personaliti bakal pelanggan anda.
Pilih warna yang bersesuaian sebagai warna utama untuk tema website anda. Jika sasaran pelanggan anda adalah wanita, pilih warna yang lembut atau yang sesuai dengan dunia wanita. Kebanyakan wanita suka warna biru dan ungu. Manakala lelaki lebih kepada warna coklat dan oren.
Antara warna untuk website yang menarik adalah menggunakan latar belakang yang terang dan gelap di hadapan. Ini akan memberi satu warna kontra yang cantik.
Tidak salah untuk kita melihat website lain sebagai contoh dalam pemilihan warna. Ini memberikan idea tentang tona warna yang digunakan. Dari situ anda boleh mengolahkan warna-warna tersebut untuk menjadikan website anda unik.
Anda juga boleh bandingkan tema warna dengan membuat beberapa contoh dan letak sebelah-menyebelah. Mungkin dengan cara ini anda boleh lihat mana yang paling menarik.
Jadi gunakan warna untuk jenamakan website anda. Warna-warna ini kalau kena dengan penampilan website, apatah lagi dengan tema website anda akan kelihatan segar dan menarik untuk pengunjung yang singgah.
Sebenarnya anda tidak perlu menjadi pakar dalam pemilihan warna di dalam website. Anda perlu memahami psikologi di sebalik warna dan emosi yang dibangkitkan dengan pelbagai warna.
Jangan takut untuk bereksperimentasi dengan warna. Gunakan aturan 60-30-10 atau roda warna untuk dapatkan warna yang sesuai untuk website anda. Dengan beberapa kali percubaan dapat menghasilkan tema warna untuk website anda.

Kenapa Bisnes Perlu Ada Payment Gateway
Bisnes atas talian perlu ada payment gateway? Sebenarnya tanpa ”Payment Gateway” pun kita boleh membuat Online Bisnes. Masalahnya, kesemua proses perlu di buat secara manual. Anda ingin membeli barang, bayar secara manual (login ke bank anda dan transfer duit) atau pergi ke mesin ATM untuk masukkan duit atau bayar guna cek dan tunggu cek clear. Kemudian kena hanta gambar bukti pembayaran melalui email atau aplikasi teks pesanan. Leceh kan?
Dengan adanya Payment Gateway, anda boleh menerima bayaran lebih mudah di mana pembeli hanya memilih barang yang hendak dibeli menggunakan shopping cart, checkout dan terus membuat bayaran. Pesanan mereka kemudian sampai ke penjual secara automatik, tanpa perlu hantar gambar bukti pembayaran.
Hampir semua perisian shopping cart utama dunia mempunyai sekurang-kurangnya beberapa pilihan Payment Gateway Malaysia. Yang mana satu pilihan anda bergantung kepada bajet dan pengetahuan teknikal yang anda ada.
Seawal tahun 2000 sudah ada pelbagai online payment gateway, cuma harganya sangat mahal dan cara setupnya agak rumit. Kemudian pada tahun tersebut Maybank memperkenalkan Maybank2U dan dari situ era ”Pembayaran bil dan transfer wang dalam Talian” di Malaysia bermula.
Sepanjang 10 tahun berikutnya hampir kesemua bank utama di Malaysia telah mula memperkenalkan perbankan atas talian mereka sendiri dan menambahbaik sistem pembayaran mereka menjadi lebih cekap.
Bermula dengan tahun 2009 PayPal mula menerima pembayaran dlm RM di mana tidak perlu tukar ke USD dan sekitar 2010 bank RHB telah menawarkan servis untuk menghantar wang RM ke dalam akaun paypal dan pengeluaran wang dari PayPal ke akaun RHB.
Selain PayPal, Payment Gateway yang selalu digunakan termasuk Molpay, iPay88 dan SenangPay. Namun kini ramai yang gunakan Billplz sebagai Payment Gateway kerana yang paling sesuai, jimat, murah dan paling mudah.
Senarai Payment Gateway Popular di Malaysia
Berikut adalah beberapa payment gateway yang popular dan menjadi pilihan di Malaysia.
Billplz
Billplz adalah sebuah sistem yang membolehkan anda menyediakan satu borang tempahan dan bayaran. Anda hanya perlu memberikan URL kepada borang tempahan tersebut kepada pelanggan anda. Melalui gerbang pembayaran Billplz, peniaga boleh menerima pembayaran daripada pelanggan yang mempunyai Sistem Perbankan Internet Malaysia yang berbeza seperti CIMB Clicks, Bank Islam dan mana-mana syarikat yang menyertai Perbankan Runcit FPX.
Billplz juga mempunyai ciri Penghantaran Automatik yang membolehkan pelanggan membuat bayaran terus melalui Laman Pembayaran FPX. Peniaga juga boleh memilih opsyen penghantaran seperti notis pemberitahuan secara automatik.
MOLPay
Setiap gerbang pembayaran yang ditawarkan oleh syarikat lain memberikan kualiti yang berlainan terhadap perniagaan usahawan. Namun, MOLPay yakin untuk membantu membina perniagaan dengan reputasi global dari segi keyakinan pelanggan, keselamatan sistem operasi dan penjenamaan. Pembayaran Marketplace MOLPay ialah sistem penyelesaian pembayaran yang dibina untuk memudahkan jaringan pembayaran berbeza daripada peniaga-peniaga yang berlainan.
Melalui sistem pemprosesan automatik, ia dapat menbahagikan dan menguruskan pembayaran yang dilakukan antara peniaga. Sesuai untuk perniagaan bersifat operator marketplace yang mengupah peniaga bawahan untuk menjual produk atau perkhidmatan dalam platform marketplace.
Mpay
Sistem ManagePay Berhad (Mpay) adalah penyedia pembayaran elektronik untuk bank, institusi kewangan, peniaga dan pengeluar kad yang beroperasi di Malaysia. Mpay telah menerima notis kebenaran daripada Bank Negara Malaysia untuk memberikan perkhidmatan sistem MPay pada Januari 2013.
MPay juga berkepentingan sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran dan kewangan melalui Sistem Pembayaran Inovatif terkini dan komprehensif berbanding syarikat pesaing yang berada dalam pasaran.
iPay88
iPay88 merupakan satu gerbang pembayaran yang dibina berdasarkan sistem Start-Up bagi memudahkan urusan jual beli peruncit dalam talian Malaysia. Gerbang pembayaran iPay88 telah membantu ribuan usahawan berjaya dalam e-dagang dan ruang aplikasi perniagaan online menggunakan telefon bimbit; melalui ekosistem pembayaran dalam talian yang pernah memenangi anugerah.
Kejayaan iPay88 adalah kerana falsafah perkhidmatannya yang mementingkan input baharu dalam menyemai budaya inovatif dan komited terhadap pembinaan sistem gerbang pembayaran terkini dan moden selain bersifat mudah alih. Hal ini membantu perkhidmatan iPay88 untuk terus bersifat kompetitif dan memberikan kelebihan kepada peruncit yang mempercayai gerbang pembayaran iPay88.
Jadi bagi peniaga, anda boleh memilih payment gateway yang sesuai untuk perniagaan atas talian anda. Ini adalah untuk memudahkan pelanggan anda membeli-belah.
Nak kami bantu Growkan Linkedin Bisnes anda? Klik di sini

PEMASARAN MEDIA SOSIAL. Berjaya atau Gagal?
Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai yang mula berjinak-jinak dengan pemasaran melalui media sosial. Namun tidak semua pemasaran melalui media sosial percuma.
Perkhidmatan di media sosial memerlukan sedikit bajet mingguan atau bulanan yang harus anda sediakan. Anda perlu mengeluarkan modal untuk membayar pengiklanan di rangkaian media sosial untuk hasil yang amat memuaskan.
Terlalu mengharapkan penularan secara organik tidak akan membuahkan hasil, terutamanya apabila hampir kesemua rangkaian media sosial di dunia kini telah ‘menutup pintu’ untuk apa jua taktik dan teknik yang digunakan oleh pengguna bagi mendapatkan penularan organik.
Jika kita lihat, bukan peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka. Ada banyak alasan mengapa para pemasar (marketing) memilih pemasaran menggunakan media sosial, di antaranya adalah untuk meminimakan kos pengiklanan mereka.
Kos pengiklanan mereka dapat diminimakan dengan menggunakan media sosial ini. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial.
Banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka tahu dengan pengguna media sosial yang sangat ramai, mereka dapat memperkenalkan jenama mereka dengan cara ini malah dengan harga yang jauh lebih murah lagi.
Tidak ramai yang sedar bahawa pemasaran di media sosial ini sama seperti larian jarak jauh yang memerlukan stamina konsisten dan sentiasa berlari mengikut momentum yang sama setiap masa. Ia satu inisiatif yang berterusan.
Terdapat juga perusahaan dan perniagaan yang menggunakan media sosial untuk menyediakan ruangan khidmat pelanggan mereka. Dengan cara ini sahaja mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Itulah sebabnya mengapa media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran masa kini. Contohnya Air Asia yang banyak menggunakan media sosial dalam pemasaran mereka.
Pemasaran Media Sosial Mempengaruhi Jualan
Seperti yang kita ketahui, media sosial memainkan peranan yang signifikan dalam proses pemasaran yang kemudiannya akan menampakkan peningkatan dari segi jumlah penjualan dan bertambahnya keuntungan dalam perniagaan mereka.
Media Sosial menjadi tempat pemasaran yang efektif kerana kemudahan internet itu sendiri yang kini manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai kalangan masyarakat termasuk menggunakannya untuk ‘bermain’ di jejaring sosial.
Proses penyebaran informasi dan maklumat di media sosial adalah sangat mudah kerana peniaga hanya perlu membuat artikel, tulisan, gambar, video, atau apa jua bentuk informasi lainnya dan meletakkannya di media sosial tertentu yang dapat dilihat oleh semua pengguna di internet.
Selain itu, dengan adanya sistem pemberitahuan atau notifikasi kepada pengguna media sosial, dapat memberitahu pengguna-pengguna ini bahawa ada posting informasi terbaru daripada peniaga-peniaga tertentu. Dengan cara ini, mereka boleh mendapatkan informasi dengan pantas dan cepat.
Pemasaran Bisnes Menggunakan Video.
Pemasaran bisnes menggunakan konten video kini menjadi satu instrument penting dalam pemasaran online. Terdapat pelbagai segmen video digunakan, antaranya seperti live di Facebook dan Instagram, webinar dan juga video tutorial berbentuk dvd. Malah kini ramai yang menggunakan YouTube sebagai medium pemasaran produk. Menggunakan FB, IG dan Twitter Story serta TikTok juga satu trend terkini bagi usahawan sekarang.
Setiap jaringan sosial memiliki peluang masing-masing untuk konten video. Sebelum memutuskan untuk menggunakan video dan meletaknya di setiap platform, anda patut mahir untuk menguasai video pada 1-2 jaringan terlebih dulu.
Lihat sahaja bagaimana sambutan para pengikut anda pada video yang telah anda muat naik di media sosial. Jauh lebih besar jumlah engagement yang wujud berbanding dengan kandungan bukan video.
Jumlah Like, komen dan perkongsian yang besar wujud kerana algoritma yang ada menyokong video sebagai kandungan yang rangkaian-rangkaian media sosial ini mahukan di platform mereka.
Di dalam pemasaran menggunakan video, perkongsian berbentuk tips, tutorial, pantang larang, ‘how to, ini semua elemen-elemen yang boleh memberi nilai kepada bakal pelanggan anda. Lebih kerap anda post video yang bernilai tinggi, lebih tinggi kredibiliti anda, lebih tinggi alasan mereka untuk follow anda berbanding pesaing lain.
Jika sebelum ini FB, IG dan Twitter Story hanya untuk peribadi. Kini ramai usahawan menggunakan dua medium ini untuk mempromosikan produk. Ini kerana mereka percaya ianya membantu dari segi Brand Awareness.
Ramai pengguna media sosial hari ni sangat suka dengan FB, IG dan Twitter Story tu. Mereka ingin tahu apa perkembangan terkini jenama yang mereka follow tiu. Apatah lagi dengan tempoh 24 jam itu, mereka seolah-olah ada satu keperluan utk melihat update tersebut, kalau tidak mereka mungkin akan terlepas update yg menarik.
Walaupun FB, IG dan Twitter Story nampak seperti pemasaran tidak formal, jangan terkejut jika ada peniaga yang buat duit melalui medium ini. Pengikut mereka hanya klik, dan skrol satu persatu Story yang ada di media sosial mereka. Ianya lebih cepat dan mudah berbanding post yang lalu di newsfeed mereka.
Satu lagi medium pemasaran video yang semakin dikenali dan ramai yang menggunakan adalah YouTube. Youtube mula diperkenalkan pada 14 Februari 2005 sebagai satu platform untuk memuatnaik video-video ke dalam server mereka.
YouTube bukan sahaja telah berkembang menjadi salah satu destinasi maklumat, pendidikan dan hiburan dalam talian utama bagi rakyat Malaysia, tetapi ia juga telah maju dengan pesat dengan penglibatan para individu dan jenama yang menggerakkan kandungan video masing-masing di YouTube serta penonton yang memilih untuk membesar bersama platform ini.
Antara kelebihan menggunakan YouTube ialah YouTube merupakan Search Engine kedua selepas Google. Kenapa?
YouTube adalah milik Google. Kebiasaannya kalau nak Search sesuatu yang kita mahukan, kita akan terdorong untuk menggunakan YouTube sebagai Search Engine. Di YouTube anda boleh lihat video dan explaination lebih jelas.
Sebab itu jenama-jenama besar sekarang menggukan YouTube bagi memasarkan produk mereka. Kebanyakan produk baru yang dilancarkan pasti akan diletakkan di dalam YouTube.
Statistik menunjukkan bahawa pengguna YouTube adalah sebanyak 1,300,000,000 dari seluruh dunia. Dan lebih 5 juta video ditonton di dalam Youtube dalam masa sehari.Daripada sini kita dapat lihat betapa besarnya potensi YouTube sebagai satu medium pemasaran online dengan menggunakan video.
Jadi anda yang mempunyai bisnes perlu mengambil peluang untuk memasar serta mengiklankan produk anda menggunakan video di semua medium media sosial.
KESIMPULAN
Walaupun kita lihat nak set up bisnes ni mudah, namun kadang-kadang kita terlepas perkara yang penting walaupun sekadar nama perniagaan. Begitu juga kita jarang ambil berat tentang website dan pemasaran.
Semua ini adalah penting untuk bisnes anda.
Nak kami bantu ranking website anda di top carian Google? Klik di sini

Artikel lain : 23 Rahsia dan Idea Bisnes E-commerce
Like & Follow Facebook kami : SS Custom